Askar Hokuto Kamen_Rider_Build

Kazumi Sawatari

Kazumi Sawatari (猿渡 一海, Sawatari Kazumi) (猿渡 一海, Sawatari Kazumi?) / Kamen Rider Grease (仮面ライダーグリス, Kamen Raidā Gurisu) (仮面ライダーグリス, Kamen Raidā Gurisu?) , ialah askar yang berasal dari wilayah Hokuto, yang memimpin pencerobohan Hokuto terhadap Touto. Ia nampaknya menggunakan peranti terbaru hasil kajian Takumi Katsuragi, yang memulakan aksinya dengan merebut dua Fullbottle iaitu Fullbottle Phoenix dan Fullbottle Robot dari Sento pada filem Kamen Rider Heisei Generations Final: Build & Ex-Aid with Legend Rider. Seorang lelaki yang tenang dan berkarisma, tetapi mungkin seorang lelaki kejam dan dahaga untuk peperangan. Dia hanya berminat untuk mencari pertempuran yang dia dapati menarik dan membuatnya gembira dan akan merasa kesal jika ada pertempuran yang mengganggu. Walaupun gembira berjuang, dia masih menghormati orang lain, terbukti apabila dia meminta Perdana Menteri Hokuto, Yoshiko tidak menghantar tambahan Smash dan Guardian untuk tidak campur tangan dalam perjuangannya yang dapat membahayakan orang awam. Tetapi di balik itu, Kazumi diam-diam menyukai sosok Misora sebagai Miitan dan ternyata telah menjadi salah satu peminat-peminat beratnya. Dengan menggunakan peranti baru hasil penemuan Takumi Katsuragi yang telah ia dapatkan iaitu Sclash Driver (スクラッシュドライバー, Sukurasshu Doraibā)dan Sclashjelly Robot (ロボットスクラッシュゼリー, Robotto Sukurasshu Zerī), Kazumi dapat berubah menjadi Kamen Rider Grease (仮面ライダーグリス, Kamen Raidā Gurisu).

Trio Hokuto

Trio Hokuto (北都三羽ガラス, Hokuto Sanba Garasu) ialah tiga orang askar elit dari Hokuto yang bergerak di bawah komando Kazumi Sawatari. Masing-masing mereka dapat berubah wujud menjadi Smash yang telah berevolusi yang disebut Hard Smash.

  • Akaba (赤羽): merupakan ahli trio yang paling vokal dengan penampilan paling nyentrik serta sikapnya yang brutal dan tidak sabaran berbanding dua rekannya. Ia dapat berubah menjadi Castle Hard Smash (キャッスルハードスマッシュ, Kyassuru Hādo Sumasshu) (istana).
  • Aoba (青羽): merupakan ahli trio yang paling tenang namun sikapnya sejuk dan juga serius ketika bertarung, serta merupakan ahli tertua berbanding dua rekannya. Ia dapat berubah menjadi Stag Hard Smash (スタッグハードスマッシュ, Sutaggu Hādo Sumasshu) (kumbang tanduk).
  •  Kiba (黄羽): merupakan ahli trio yang periang serta sikapnya agak kekanak-kanakan, yang membuat kedua rekannya kadangkala gerah dengan sikapnya. Ia dapat berubah menjadi Owl Hard Smash (オウルハードスマッシュ, Ōru Hādo Sumasshu) (burung hantu).

Berkaitan